Friday 28 June 2013

Di Sebalik Secangkir Kopi


CERITA SECANGKIR KOPI...

Alhamdulillah... Setelah lebih setahun Ros Biru untuk Dia, 'anak' kedua saya bakal lahir. Secangkir Kopi Karamel. Tak lama. Lagi 3 hari je. Berdebar-debar menghitung hari. (Pergh. Macam pengantin pula bunyinya. Bhahaha)  ^___^

"Secangkir Kopi Karamel cerita tentang apa ya?"

Itu yang ramai orang tanya. Tentang apa? Saya boleh cakap Secangkir Kopi Karamel ni

tentang FAITH
tentang LOVE
tentang LOYALTY
tentang TRUST
tentang HIJRAH
tentang DIA
and of course, tentang my favourite KOPI! Hehehe.


Terharu tengok cover novel yang sangat 'comel'. Terima kasih kepada pereka grafik yang merealisasikan impian saya, si manusia obses kopi.


Pengalaman menulis Secangkir Kopi Karamel ni, saya boleh kategorikan sebagai satu pengalaman yang indah. Sebab ada sesetengah babak buat saya rasa saya menaip dalam suasana bunga sakura gugur (Wei, punya melampau! Syok sendiri betul bunyinya.) Bhahahahahaha. Sungguh tak boleh blah.

Teaser? Novel Secangkir Kopi Karamel ni ada teaser kartun-kartun je. Kartun tu semua lukis masa zaman menganggur lepas grad dulu. Jelas ketara kat situ sungguh banyak masa terluang si penanam anggur.

TEASER SECANGKIR KOPI KARAMEL

Bab awal dah keluar dekat website Jemari Seni. Boleh baca Bab 1-5 Secangkir Kopi Karamel. Eh, sungguh excited tengok gambar secawan kopi pada setiap bab baharu tu!

Saya harap novel Secangkir Kopi Karamel ni bukan untuk hiburan semata-mata. Saya harap saya dapat berkongsi sesuatu yang baru/ilmu dengan pembaca.

Bila nak tulis novel lagi? Perasaan nak tulis tu memang membuak-buak. Tapi, saya tak nafikan sejak dah kerja ni saya ada sedikit kekangan masa. Tapi saya akan cuba tulis sikit-sikit. Doakan saya ya?

With Love: IJAZATI HABIB

p/s: Saat mata terpejam, hanya kau kuterbayang. Saat mata terbuka, kamulah yang pertama. (Eh, macam tak ada kaitan. Tapi sebenarnya saya tengah dengar lagu Faizal Tahir. Hehehe)

Tuesday 16 April 2013

BUKAN SEMUA LELAKI JAHAT, BUKAN SEMUA PEREMPUAN BAIK.


“Ah, aku benci ex aku! Semua lelaki sama!”


Tu adalah ayat-ayat ‘klise’ orang-orang baru putus cinta. Alahai. Hehehe. Sekarang saya dah jarang ber’Muka Buku’. Hehehe. Sibuk sikit dengan kerja. Tadi baru perasan kewujudan ‘others’ pada bahagian inbox FB message. (Baru tahu. Kuno gila Pija!). Tanjat boboi! Banyaknya mesej dan kebanyakannya menceritakan masalah cinta.

Errr… Ya, saya penulis novel cinta. Saya tulis cerita jiwang-jiwang (Tak jiwang sangat kut. Saya bukanlah romantik orangnya. Sweet apatah lagi. Hehehe). Tapi, saya bukanlah pakar dalam soal hati ni kut. Saya sendiri pun tak ‘cemerlang tahap dean list’ bab perasaan ni. Senang cerita saya kategori ‘fail sampai kena buang universiti’. Punyalah teruk!


Ayat yang “semua lelaki sama” tu ada beberapa orang tulis dalam perihal cinta mereka. Maaf, saya bukanlah orang yang arif tentang perasaan. Cuma, apa yang saya nak cakap, kita tak boleh nilai orang berdasarkan jantina. Pernah dengar, lelaki ego kuat, perempuan emo kuat? Ayat tu macam tak tepat sangat. Saya mengaku saya perempuan yang ego dan saya ada kenal lelaki yang emo. Camne? Hehehehe.

Maaf kalau saya cakap ayat ‘semua lelaki’ tu macam tak kena je. Tak semua lelaki jahat. Dalam hidup kita ni ada seorang lelaki yang takkan kecewakan kita; siapa dia? Ayah kita.(Ishkkk. Ni yang rasa homesick ni) 


Well, mungkin ada yang cakap ada je anak-anak perempuan yang jadi mangsa ‘haruan makan anak’ atau seumpamanya. Pada saya tu pun bukan lesen untuk cakap ‘semua lelaki jahat’. Lupakah kita junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang lelaki? Nabi adalah seorang yang sangat baik malah dia maksum. Maka, tu bukti bukan semua lelaki jahat.

Wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Janganlah kata semua lelaki jahat kalau kita sendiri adalah sebahagian dari ‘benda yang jahat’ kununnya tu. Hehehe. Jahat atau baik ni bergantung kepada individu, bukan pada jantina. Tapi percayalah, jahat mana pun seseorang tu, manusia tetap manusia. Jahat la tahap gaban sekalipun dalam hati dia mesti ada juga terselit sifat baik.

Contoh mudah. Pernah tengok cerita seorang lelaki yang merompak, membunuh tapi semasa kecilnya dia pernah merawat luka pada tubuh ibunya. Luka akibat dipukul oleh bapanya. (Apa tajuk cerita tak ingat dah) Hehehehe. 

Kadang-kadang hati kita ni terlajak juga. Ada rasa menyampah sampai tahap nak conteng muka si polan tu dengan Artline 0.6, Pastu nak rendam dalam Klorox biar bersopak. Tapi, bila kita ingat balik, orang yang kita menyampah tu mesti pernah buat kebaikan dalam hidup dia walaupun sekali. Mesti pernah.

Layak ke kita benci dia dengan kesilapan dia yang satu jika nak dibanding dengan kebaikan dia yang banyak? Kan Dr. Fadzilah Kamsah pernah cakap, cara terbaik untuk memperoleh ketenangan selain solat, mengaji dan mendekatkan diri dengan Allah adalah dengan memaafkan kesalahan orang lain. Anggap je la semua manusia biasa tak terlepas dari melakukan kesilapan. Betul juga kut. Kadang-kadang dendam ni boleh jadi penyakit hati. 


Kadang-kadang kita menilai orang berdasarkan pengalaman lampau juga. Itu tak dinafikan. Saya mengaku saya pernah mengalaminya. Saya pernah bekerja sebuah syarikat partnership husband and wife. Syarikat ABC (bukan nama sebenar) pengarahnya adalah lelaki dan perempuan. The worst part yang buat saya rasa tak selesa bila Mrs. Boss suka marah-marah Mr. Boss depan saya. Macam-macam tragedi sampai tahap saya rasa trauma dan tak mahu dah kerja company husband and wife ni.

Tapi, mungkin Allah nak tunjukkan pada saya, tak semua orang begitu. Kerja yang sekarang ni kerja boss suami isteri juga. Tapi, sifat boss sekarang ni mengubah persepsi saya. Mrs. Boss adalah seorang yang berpendidikan lebih tinggi dari Mr. Boss. Tapi, apa-apa hal sekalipun hendak membuat perubahan kecil pada, Mrs. Boss akan rujuk pada Mr. Boss dulu.

Walaupun, jelas sangat Mrs. Boss lebih berpengetahuan tapi atas rasa hormat, Mrs. Boss tetap menganggap Mr. Boss lebih berpengalaman. Tak tahu pun mereka suami isteri sampailah saya ternampak gambar family atas meja boss. So professional! And I respect them both.. J

Kerja? Haah, saya suka kerja saya sekarang. Mungkin sebab saya dapat boss yang sangat semangat untuk mengajar, bukan semangat menghamburkan kata maki hamun. Alhamdulillah. Sekarang handle beberapa projek. Kadang-kadang tertekan (tu normal kut) tapi saya rasa so far so good. J Ni beberapa projek yang sedang diuruskan. Hehehehe.


Okeylah, dah merepek. Rasanya ni macam entry paling panjang yang saya pernah tulis je. Hehehe. Saya rindu nak menaip manuskrip sebenarnya. Tapi idea dah sampai ‘musim tersekat’. Ada idea nanti saya sambung tulis lagi. Maaf, boss Jemari Seni. Insya-Allah saya akan menulis lagi. Penulisan ni ‘dunia menghilangkan stress’ dari ‘dunia arkitek yang hectic’. Hehehehehe.


Herm, okeylah kena stop kut. Kalau ikut Microsoft Word dah muka surat keempat dah rasanya. Hehehe. Saja tulis motivasi. Tulis benda macam ni bukanlah bermakna saya baik sangat. Tak! Saya manusia yang buat silap juga. Cuma, saya harap apa yang saya tulis ni dapat memberikan sesuatu yang positif kepada yang membaca, dan kepada diri saya juga. Sharing is caring. With love; PIJA IJAZATI HABIB. 

p/s: Sebab sekarang demam pilihan raya, saya nak cakap juga, "Bukan semua pemimpin Parti 'tuuuutt' baik dan bukan semua pemimpin Parti 'tuuuutt' jahat. Undi adalah rahsia. Hehehehe. :)






Sunday 31 March 2013

Allah Lebih Tahu

Assalamualaikum.

Tiba-tiba jari rasa ketagih nak menulis. Dah lama tak menaip sebenarnya sejak Manuskrip Secangkir Kopi Karamel dah 'lulus piawai'. Insya-Allah bakal diterbitkan Julai nanti. Manuskrip baharu? Errr... Idea dah ada tapi tak tahulah pula bila nak mula menulis. 


Allah lebih tahu. Ya, ada masanya kita rasa kecewa dengan ujian yang menimpa kita. Tapi, lupakah kita ujian tu tanda Allah sayang? Ujian tu kerana Allah rindu nak dengar kita berdoa dan meminta dari dia. 

"Berdoalah kepadaku, nescaya akan Kuperkenankan doa bagimu." Surah al-Mukmin: 60.

Kadangkala kita mempersoalkan, dah lama kita berdoa tapi Allah tak makbulkan pun. Jangan putus asa dengan Allah. Allah kan lebih tahu. Doa ni ada 3 kategori. 1) Doa yang dimakbulkan 2) Doa yang ditangguhkan kerana Allah tahu bila masanya yang sesuai untuk kita. 3) Doa yang tidak dimakbulkan kerana Allah tahu ada yang lain yang lebih baik untuk diberikan kepada kita.


Petikan ayat Quran ni kena dengan situasi saya. Saya bukanlah pelajar senibina yang hebat. Design saya suam-suam kuku je. Contohnya ini.. :P


Tapi, alhamdulillah saya tak pernah gagal subjek studio. Disebabkan bakat saya yang suam-suam kuku tu, saya rasa 'Architecture is a scary world.' Dan atas sebab itu, saya nak beralih arah ke Interior Design yang kononnya saya rasakan lebih baik. 

Tapi, Allah lebih tahu. Pelbagai dugaan saya dapat semasa bekerja sebagai interior designer. Apa dugaannya biarlah, tak mahulah cerita. Cuma saya harap ex-majikan saya tu tidak mengulangi apa yang dilakukannya pada saya kepada orang lain. Itu sahaja.

Saya selalu minta Allah berikan saya peluang pekerjaan yang baik dengan rezeki yang halal. Saya sangka kerjaya sebagai interior designer adalah lebih baik dari architecture. Tapi, Allah lebih tahu. 

Alhamdulillah, minggu depan saya akan mula bekerja sebagai Junior Architect. Adalah sedikit rasa 'gerun' tapi saya tengok bakal majikan saya tu baik orangnya. Dia bukan seperti seorang majikan tapi lebih kepada seorang guru. 

Bukankah saya sendiri yang meminta dari Allah supaya mengurniakan saya kerja yang baik dengan rezeki yang halal? Saya percaya Allah tahu itu yang terbaik untuk saya. Saya tengok bakal majikan saya ni seorang yang sedia berkongsi. Masa temuduga pun dia ada tanya bangunan apa di Malaysia yang saya rasakan terbaik aspek senibinanya.



Ada banyak bangunan di Malaysia ni yang bagus rekabentuknya. Tapi, ini yang terlintas dalam jawapan saya, DIAMOND BUILDING PUTRAJAYA. Kalau saya nak cerita fasal bangunan ni rasanya kena buat post lain kut. Cuma nak cerita bangunan ni sangat bagus dari aspek eco-design, energy efficiency, heat control, self shading facade. Oh, okey cukup-cukup.

Kemudian, bakal majikan saya tu tunjukkan portfolio firma dia. Oh, bukan saya sahaja yang datang temuduga tunjuk portfolio, firma tu pun tunjuk portfolio dia juga! Setelah membelek beberapa rekabentuk projek yang pernah dibuat oleh firma tersebut, Subhanallah. Diamond Building adalah rekaan bakal majikan saya. Patutlah dia senyum saja masa saya cerita fasal bangunan tu. Ni namanya 'mengipas tanpa niat'. Hehehe. :) Terima kasih, Allah.

Dulu, saya rasa "Tak naklah jadi arkitek! Sebab belajar senibina ni tertekan." Tapi, entahlah. Saya rasa persepsi hati saya ni dah bertukar. Kan Allah lebih tahu. Dan Allah juga yang membolak-balikkan hati. Kalau ada rezeki, saya nak sambung belajar lagi. Ya, dalam bidang senibina. Dan saya rasa kerja yang bakal saya mulakan minggu depan ni dapat membantu saya. 

Ambil LAM Part 2 kena buat thesis. Saya ada menghadiri beberapa temuduga sebelum ni tapi firma yang satu ini pilihan hati saya. Sebab, rekabentuknya lebih kepada eco-design dengan teknologi yang hebat. "Green Design is not just putting trees on the rooftop!" (Oh, facepalm!) Maka, saya dapat rasakan banyak perkara yang saya bakal belajar dari firma tersebut. Which is good for my Part 2 soon. :)

Sebagai seorang yang tamak (ishh..) kerjaya sebagai penulis saya tak akan lupakan. Antara senibina dan penulisan, ya saya terperangkap dalam dunia dimensi dunia yang berbeza. But I love it! Saya tak nafikan senibina ni dunia yang mencabar tapi dunia yang penuh cabaran tu boleh diubat dalam dunia penulisan yang menenangkan... So, saya nak dua-dua dunia tu. (Tamak kan?)

Tak sabar rasanya nak tunggu bulan Julai. Secangkir Kopi Karamel. Okey, nah teaser sikit. Hehehehe.


Okey, akhir kata, sentiasalah bersangka baik pada Allah. Sebab Allah lebih tahu. 

p/s: Jangan difikir derita akan berpanjangan. Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan.




Monday 31 December 2012

Life, must move on...



Rasa sekejap je, tahun 2012 dah melabuhkan tirai. Tahun 2013 bakal menjengah. Rasa sedih sebab 2012 yang indah bakal meninggalkan saya. 2012 banyak menyimpan kenangan pahit, manis, konvokesyen, hari lahir yang istimewa sekali seumur hidup, persahabatan dan percintaan. Opsss…


Antara pengalaman berharga dalam 2012 adalah terbitnya novel sulung saya, Ros Biru untuk Dia pada Januari 2012. Kemudian disusuli cerpen Sujud Syukur Kerana Cinta dalam antologi Kisah Cinta Seribu Wajah pada bulan Jun 2012. Seumur hidup, saya tak pernah terfikir pun akan menjadi seorang penulis. Novelis apatah lagi. Sebab dari kecil hobi saya memang melukis dan ‘membuat mural’ di dinding rumah. Oh, nakalnya saya! So architectural! Hahaha.

Menjadi seorang novelis dan seorang pelajar senibina pada masa yang sama sangatlah mencabar mental dan fizikal saya. Bayangkan seorang pelajar yang biasanya menghadap komputer menatap Auto-CAD, Photoshop, Artlantis dan Sketch-up terpaksa menghadap Microsoft Word menulis novel! Oh, kontra sungguh!

Tambahan pula saya berkejar pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC April 2012 di saat rakan-rakan sekuliah sibuk menyiapkan projek akhir subjek studio. Dugaannya… Tapi, Alhamdulillah saya telah selamat konvo Oktober lalu. Mungkin berkat dari doa ibu bapa saya. Mungkin juga berkat dari doa orang-orang yang saya tak pernah tahu pun dia doakan saya. Apa-apa pun, terima kasih semua.

2012 banyak mengajar saya erti kehidupan. Hidup kita ni bergerak ke hadapan, bukanlah ke belakang. Tapi sesekali kita perlu menoleh ke belakang. Bukan untuk berpatah balik, tapi untuk mengambil iktibar. Saya tak percaya pada peluang kedua. Anda pula? J

1 Januari 2013 adalah titik bermulanya kehidupan yang baharu untuk saya. My life will change. I will enter a new phase in my life. Ehem. Semoga semuanya dipermudahkan. Doakan saya… J

Banyak juga perkara yang saya hendak kejar pada tahun 2013 nanti. Yalah, semua orang ada impian dan matlamat dalam hidup. Saya juga begitu. Opsss… tiba-tiba teringat pula. Insya-Allah novel baharu saya, Secangkir Kopi Karamel akan menemui pembaca Jun/Julai tahun ini. Saya ada merancang sesuatu untuk pembaca. Tunggu ya… ;)

Saturday 3 November 2012

Mimpi, Istikharah, Jodoh?



Assalamualaikum...

Alhamdulillah, 26 Oktober 2012 lepas genap sudah umur saya 23 tahun. Yup, hari yang sama dengan Hari Raya Korban yang jatuh pada hari Jumaat. Pakej birthday+aidiladha+penghulu segala hari ni rasanya cuma sekali seumur hidup. Alhamdulillah.

Mimpi? Alkisah, pada malam hari lahir tu saya mengalami satu mimpi yang pelik. Sumpah pelik. Ceritanya begini, saya bermimpi saya tersesat di satu kawasan. Ramai sangat orang tapi semua saya tak kenal. Sampailah akhirnya saya terjumpa seorang lelaki yang dikenali ni. (Siapa orangnya biarlah rahsia. Lagipun, agak kelakar saya mimpikan orang itu. Cukuplah saya tulis nama dia di sini sebagai Mr. X.)

Saya beritahu Mr. X yang saya tersesat. Dia bawa saya pergi satu tempat atas gunung. Kawasan tu cantik sangat. Dalam mimpi saya tu cahaya dekat tempat tu berwarna kebiru-biruan. Tempat tu tak sejuk sangat, suhunya selesa. Siap ada angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Haha. Saya duduk atas satu batu menghadap pemandangan cantik. Tiba-tiba mata saya masuk habuk. Pedih sangat sampai rasa nak nangis. Mr. X tiup mata saya lalu saya terjaga.

Masa terjaga tu, mata kanan saya rasa pedih macam betul-betul masuk habuk. Saya tengok jam, pukul 2.30 pagi. Lalu saya pun membaca auzubillah dan tukar posisi tidur. (Atas faktor Mr. X yang saya mimpikan, saya kategorikan mimpi tu sebagai seram. Bhahahaha.)

Oh, saya tak anggap pun mimpi tu sebagai petunjuk sebab saya tak ada puan buat solat istikharah!  Mimpi ni mengingatkan saya pada satu buku Hilal Ashraf yang bertajuk Sebelum Aku Menikah. Dalam tu Hilal ada tegaskan, jangan terlalu obses dengan mimpi-mimpi yang kita alami. Maka saya pun beranggap, tu mainan tidur di malam hari lahir saya je lah. Hehehe...



Istikaharah? Ramai masyarakat kita menganggap istikharah tu cuma perlu masa nak tentukan siapa jodoh kita je. Silap tu. Istikharah ni untuk minta petunjuk. Tak semestinya tentang jodoh. Istikharah ni boleh dibuat untuk membuat pilihan. Allah tu Maha Penyayang. Dia tahu kita ni lemah dan kemampuan kita terhad. Istikharah adalah bantuan dari Allah. Allah kan 'Penulis Skrip' hidup kita. Mestilah Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Soal istikharah ni juga ada dijelaskan dalam cerpen saya yang dimuatkan dalam Antologi Kisah Cinta Seribu Wajah.



Ya, petunjuk Allah itu tidak semestinya melalui mimpi. Tapi, bagaimana kita nak pastikan yang petunjuk kita dapat tu dari Allah, bukan gangguan syaitan? Isu itu ada dibincangkan dalam manuskrip yang baru siap proses edit. Doakanlah supaya manuskrip itu mencapai piawai dan menjadi sebuah novel ya...

(Sekadar gambar hiasan. Ni bukan cover novel ya...)

Jodoh? Ishk... Umur dah 23 wajiblah fikir soal jodoh kan? Betul atau tak situasi ni.

Pergi beraya masa sekolah menengah, orang akan tanya, "Sekarang sekolah di mana? Lepas SPM nak sambung belajar di mana?"
Pergi beraya masa zaman universiti, orang akan tanya, "Belajar di universiti mana? Jurusan apa?"
Pergi beraya selepas musim konvokesyen/dah bekerja, "Bila nak kahwin?"

Oh, zaman sudah berlalu. HEHEHE...

Kalau ditanya kepada saya bila nak kahwin, herm... Semua orang pun nak kahwin. Semua orang pun nak hidup berpasangan dan ada zuriat. Bila nak kahwin? Allah dah tentukan siapa jodoh saya dan bila jodoh saya akan dipertemukan dengan saya. It's okey to wait. (Bukan bermakna saya tidak berusaha ya...). Apa yang saya pasti, Allah akan pertemukan saya dengan jodoh saya bila Dia tahu saya sudah bersedia. Bersedia di sini bukan setakat cakap, "Eh, aku yakin aku dah boleh kahwin..." Tak...

Kahwin ni bukan sekadar hidup dengan pasangan. Tapi matlamat kahwin tu sendiri meletakkan kita pada satu tanggungjawab yang sangat berat. Ya, tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri dan tanggungjawab sebagai pendidik kepada zuriat kita. Kita memerlukan ilmu agar kita mampu melaksanakan tanggungjawab yang bakal menjadi saham kita di akhirat. Persoalannya, benarkah kita benar-benar sudah bersedia?

Siapa pun jodoh kita, kita kena terima dia seadanya. Tak ada manusia yang tak ada kekurangan. Tapi Allah bagi kita pasangan yang akan menyempurnakan kita. Bak kata Hilal Asyraf, kalau cinta biarlah sampai syurga.

Tak tahu dah nak tulis apa. Apa-apa pun sama-samalah kita berdoa agar Allah mengurniakan kita pasangan jodoh yang baik. Sekian, wassalam.

With love, Ijazati Habib...

p/s: Saya sedang ketagih mahu menaip tapi manuskrip sudah siap dan tak ada idea untuk menulis manuskrip baru. Maka terhasillah 'entry' ini. Hehehehe....

Thursday 6 September 2012

RESIPI: Butter cookies + chocolate chips



Bahan A:
1 biji telur
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
1 cawan butter
1 cawan minyak
1 sudu besar susu
1 sudu besar esen vanila

Bahan B:
4 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil krim tartar
1 sudu kecil baking soda
1/2 cawan walnut
2 cawan chocolate chips

CARA-CARA:

1. Campurkan semua bahan A.

2. Pukul sampai kembang.

3. Masukkan semua bahan B. Pukul rata sampai sebati.

4. Simpan adunan dalam peti sejuk. (Minimum sejam)

5. Bulat-bulatkan doh dan tekan guna garfu di atas loyang. Susun jarak-jarak sedikit sebab biskut akan mengembang.

6. Bakar pada suhu 160'c selama 10 minit. (Lain oven lain tahap suhunya. Bakar sampai keperang-perangan cam dalam gambar ni.) Siap!








Friday 24 August 2012

RESIPI: Red Velvet

Bahan red velvet (40 cups):
1 1/2 cawan self raising flour
1/2 sudu kecil baking powder
1/4 buku butter
3/4 cawan gula
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil sodium bikarbonat

Bahan red paste:
1 sudu serbuk koko
3 sudu pewarna merah

Bahan buttermilk:
1/2 cawan fresh milk
1 sudu kecil cuka

Bahan cream cheese frosting:
1/2 buku cream cheese
1/4 buku butter
1 sudu kecil esen vanilla
1 cup icing sugar

Cara-cara:
1. Ayak self-raising flour dengan baking powder.


2. Sediakan red paste. Campurkan serbuk koko dan pewarna merah. Kacau sehingga sebati.

3. Pukul gula dan butter sampai kembang. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.


4. Masukkan esen vanilla dan red paste.

5. Untuk penyediaan buttermilk, campurkan fresh milk dengan cuka. Kacau sehingga sebati.


6. Masukkan 1/3 tepung ke dalam adunan beserta 1/2 buttermilk. Kacau rata. Masukkan lagi 1/3 tepung dan lebihan buttermilk. Apabila sudah sebati masukkan lagi lebihan tepung ke dalam adunan dan kacau rata.
7. Campurkan cuka dengan sodium bikarbonat. Apabila bancuhan cuka berbuih, masukkan dengan cepat ke dalam adunan.
8. Masukkan ke dalam cawan kek dengan sukatan 1/3 cawan. Bakar pada suhu 160'c selama 20 minit.

9. Untuk penyediaan cream cheese frosting, campurkan kesemua bahan untuk frosting dan pukul sehingga rata. Apabila red velvet sudah sejuk, sapukan frosting ke atas red velvet dan buatlah hiasan sesuka hati. Siap... :)